Maahad Rahmaniah Kuala Krai

Saturday, May 19, 2012

Maahad Rahmaniah Kuala Krai

Kempen Tok Sey Merokok

Ceramah Kempen Tok Sey Merokok telah diadakan pada 2 Mei di Dewan Terbuka MRKK. Semua pelajar lelaki terlibat dalam program ini.

Minggu Bahasa Arab

Minggu Bahasa Arab telah diadakan di MRKK selama 5 hari bermula 22 April hingga 26 April. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan. Ini merupakan acara yang dijalankan pada hari kemuncak Minggu Bahasa Arab.

Tabung Derma Bantuan Rakyat Palestin

Majlis Pelancaran Tabung Derma Bantuan Rakyat Palestin telah diadakan dengan jayanya di peringkat sekolah.

Majlis Penyerahan Laptop Kepada Pelajar Cemerlang

10 April - Majlis penyerahan laptop kepada pelajar cemerlang SPM dan STAM 2011.

Keputusan SPM 2011

Pada 21 Mac lepas, keputusan SPM 2011 telah diumumkan. MRKK telah berjaya melahirkan 5 orang pelajar cemerlang. Pelajar terbaik ialah adik Wan Nursyahirah Wan Hanaffi dengan keputusannya 11A.

Manakala 4 orang pelajar lagi adalah Wan Salman Farez Wan Muhammad (9A), Mohamad Zamri Sulaiman (8A), Husnul Najwa Mohd Rusdi (8A) dan Fatin Nur Azrien (8A). Warga MRKK mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 dengan keputusan yang telah dicapai.

 

More Articles...

Page 1 of 5

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »